Monday 2 November 2020



PENGENALAN

Konsep Negara ialah, merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan. Manakala konsep bangsa pula ialah suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri.Oleh itu, konsep Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti.menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Seterusnya , ciri- ciri negara dan bangsa ialah konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat Negara demi keutuhan negara sebagai kumpulan social.Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol – simbol yang mewakili keutuhan Negara seperti Bendera Malaysia, lagu Kebangsaan , Rukun Negara dan sebagainya.




CABARAN MALAYSIA MENJADI NEGARA DAN BANGSA

Di Malaysia, terdapat juga cabaran – cabaran menjadi Negara bangsa antaranya ialah , isu Bahasa cabaran pertama kedudukan bahasa itu tersendiri . Timbul persoalan mengenai kepentinga Bbahasa Melayu di dunia moden dengan keperluan bahasa Inggeris sebagai memenuhi tuntutan antarabangsa Hal ini telah menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan hati banyak pihak khususnya kaum Cina. Persoalan yang dilemparkan adalah mengenai kewajaran bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa kedua negara yang kini hampir melampaui batas kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya. Kaum Cina membuat tuntutan supaya bahasa mereka dimartabatkan seampuh peranan dan fungsi bahasa Inggeris. Rasional yang mereka perjuangkan adalah bahasa Cina dikatakan lebih relevan dalam konteks negara Malaysia kerana penduduk berbangsa Cina itu sendiri yang merupakan penduduk kedua paling ramai di negara ini. Cabaran ke dua, penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu itu sendiri. Dalam era globalisasi kini, orang Melayu sendiri dilihat kurang memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Hal ini jelas dapat dilihat melalui perbualan seharian yang lebih cenderung menggunakan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau dikenali sebagai „bahasa rojak‟ .keadaan sebaliknya berlaku apabila kaum lain terus berusaha memartabatkan bahasa ibunda mereka tanpa mengambil kira cabaran yang datang. Dalam keadaan inilah, usaha membina Negara Bangsa menjadi semakin sukar. Selain itu, isu kebudayaan, juga salah satu cabaran kerana, setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti sesuatu kauma tua etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian budaya di bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai tatkala semua kaum takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing . Terpengaruh dengan dasar pecah dan perintah. Seterusnya, sistem Pendidikan yang langsung tidak mendokong usaha mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan kelompangan berkaitan memartabatkan kebudayaan dalam kalangan pelajar. 



MALAYSIA PADA MASA HADAPAN

Akhir sekali, Negara dan Bangsa Malaysia di masa hadapan ialah , dapat dicapai jika cabaran yang berlaku tadi dapat diatasi. Isu bahasa dapat diatas kerana ia satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu bahasa melambangkan satu bangsa. Isu kebudayaan pula, dasar kebudayaan negara yang bertindak sebagai pelindung kepada identiti semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat mampu untuk menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya.isu Pendidikan dapat diselesaikan dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Walaupun pendekatan ini tidak mendapat sokongan secara kolektif daripada masyarakat, namun, usaha yang diambil ini dilihat paling efektif dalam merapatkan jurang pendidikan antara kaum.


PENGENALAN Konsep Negara ialah, merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan. Manakala konsep ...